Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Derma

SUMBANGAN DERMA PARTI KEADILAN RAKYAT PAHANG
Bank: Hong Leong Islamic Bank
Account: 1120 100 7698

mahathir..melayu mudah lupa.."shit" - kepala tahi

"Melayu mudah lupa"...itu Mahathir kata...
bersajak berseloka...sampai menitis airmata...
macam-macam dia kata kat orang Melayu..aku rasa loya..
nak suruh orang ikut cakap dia..kalau orang tak mau ikut dia mula mengata..
"Melayu mudah lupa.."
tapi sekarang siapa yang pelupa..
Melayu ke dia?..
Melayu tak kan lupa..UMNO mengkhianat bangsa..
pemimpinnya kaya raya, rakyat papa kedana..menderita..
hidup sengsara di bumi tercinta..
Bila Melayu bersuara..dia kata menderhaka..
Dia cuma nak..Melayu angguk kepala..
Bila Melayu geleng..Dia mula mengata..
"Melayu mudah lupa.."
Melayu duduk merempat..tak ada rumah..tak ada tanah..
Mahathir bina KLCC..Putrajaya gah berdiri..
Rumah PM..takut rasanya nak jejak kaki..
UMNO Pahang bagi tanah kat tokey judi...36,000 ekar..di Genting tinggi...
Melayu Pahang gigit jari..
Hari ini...Melayu tak akan lupa...
united malays national organisation (baru) yang pelupa...

dulu Mahathir marah...
ada Sasterawan Negara... tulis buku cerita..."shit"...
Mahathir kata cerita tu tuju kat dia...
dalam Bahasa Melayu maknanya tahi...
dalam cerita tu ada seketul "kepala tahi"...
yang teramat busuk lagi membusukkan...
bukan sahaja dia tu teramat busuk. Dia juga membusukkan semua orang..
tak padan nak tutup hidung..
"shit" cerita kisah dalam usus...
Mahathir terasa..."orang makan lada terasa pedasnya"...
Hari ni dia mengaku ada orang lama umno kata umno busuk sampai dalam usus...
maknanya cerita "shit" tu memang betul..
bukan saja busuk dalam usus...
busuk sampai ke luar..
betul la kata sesetengah orang...
united malays national organisation (baru) tu macam takung tahi..
siapa masuk terpalit sama...
angkat kaki kanan..kaki kiri kena..
Siapa-siapa nak cuci takung penuh tahi..tak boleh masuk dalam takung tu..
kena duduk kat luar...
tolak dengan kayu ke..dengan besi ke..bagi terlungkup..
sembur dengan air dari jauh..jaga-jaga jangan terkena percikan air itu..
tujuh keturunan basuh tak hilang bau..
Pendek cerita tak payah masuk...
yang ada kat dalam takung tahi tu..
pakat la keluar...cuci badan...
buang pakaian yang dah lama "bersepelat" dengan tahi...
Kat luar ni bersih..wangi...


Balik cerita "kepala tahi.."
dia busuk sangat dan membusukkan orang lain...
Satu negara bau busuk..
pendek cerita..Mahathir mengaku jugak...
kisah "shit empunya cerita...
benar belaka...
Moh kita pakat tengok...
Mahathir terpegang tahi...
"Kepala tahi" hok ada le ni lebih keras dari "kepala tahi" yang dulu...
busuk???
tak payah nak cerita...

...jumpa lagi...

CHIN PENG DAN MELAYU MUDAH LUPA...

Banyak kali dah cerita Chin Peng ini dibicarakan. Ada cerita suka tidak kurang yang duka. Sejarah hidup Chin Peng dibongkar satu persatu. Kisah keganasan komunis pimpinan Chin Peng menjadi perbahasan utama. Dari tengah sawah dan lautan membawa ke kedai kopi. Dari stesen bas ke pejabat tinggi. Dari seorang buruh hingga pak menteri. Semua terpanggil berbicara tentang Chin Peng. Dari dulu hingga kini Chin Peng menjadi popular. Lebih popular dari Che Det. Dengan Najib? tak usah cerita. Jauh panggang dari api. Bukan saja orang biasa, Che Det pun bercakap pasal Chin Peng. Najib pun tumpang sama. Agaknya nak tumpang populariti bekas ketua komunis Malaya itu. Makin tua makin popular. Pada hemat saya bukan Chin Peng minta jadi popular tetapi hasil bicara dan bahas orang lain dia jadi popular.

Berbalik kepada pokok cerita..Chin Peng minta nak jumpa Perdana Menteri Najib untuk luahkan hasrat nak balik ke Malaysia. Nak jumpa dan ziarah saudara mara di Perak. Ramai yang marah; bekas tentera, pak menteri, orang umno dan macam-macam lagi. Mahathir kata dia ikut suara ramai. Kalau ramai setuju bolehlah Chin Peng balik kampung jumpa sanak saudara. Kalau ramai tak setuju tak bolehlah. Pelik juga dengar Mahathir cakap macam ni.. Masa bila Mahathir dengar cakap orang. Tak ingat pulak saya. Garu kepala. Tak apa la..Melayu mudah lupa..Itu kata Mahathir..Najib kata dia tak mahu jumpa Chin Peng. Tak ada sebab nak jumpa Chin Peng. Dia nak lawat Selatan Thailand dalam dua tiga hari lagi. Sah la pergi dengan bini. Bini mana percaya kalau laki pergi Selatan Thailand seorang diri. Kalau ikut boleh shopping sekali. ada pakaian, ada periuk, ada toto..ada macam-macam…

Betul kata Mahathir masa dia PM dulu. Dia baca sajak "buatan sendiri"..Dia kata Melayu mudah lupa..dia menagis..keluar air mata..betul..memang betul..menangis…Melayu mudah lupa. Musa Ahmad (almarhum) boleh balik kampung dari China. Shamsiah Fakeh (almarhumah) pun boleh balik. Semua orang tahu latarbelakang kedua orang itu…dari Rejimen 10 PKM. Apa pasal Chin Peng tak boleh nak melawat sanak sedara. Dia pun dah tua. Mengikut hukum alam tak lama dah tu. Komunis dah letak senjata. Ada perjanjian dengan PDRM & ATM. Melayu mudah lupa.Sebagai sesama manusia kita ada kaedah tolak ansur kalaupun tiada kemaafan. Bertimbang rasa lah sikit. Dia dah tua. Sudah insaf. Kalau kita anggap Chin Peng yang sudah tua tu masih belum insaf, kita juga boleh anggap "orang tua" yang lain tu pun payah la nak insaf. Rumah kata pergi kubur kata mari..

PM 1Malaysia macam mana? Lupa juga ke..Memang sah lagi teruk penyakit pelupa dia tu. Dia terikut-ikut marah pasal Chin Peng tu ketua komunis. Komunis ganas. seksa orang, bunuh orang. betul la tu. Itu memang kerja komunis. Ayah saya Special Constable (SC) perang dengan komunis. Banyak dia cerita pasal ganasnya puak komunis ni.Dia cerita pernah tembak Shamsiah Fakeh di Temerloh. Sekarang umur ayah saya 83 tahun. Ayah cakap dengan saya buat apa nak halang Chin Peng balik melawat sedara mara. Nak angkat senapang pun dia dah tak larat. Macam abah ni kata dia...

Balik pada PM 1Malaysia..dia lupa siapa agaknya yang pergi ke Negara China runding nak jalin hubungan diplomatik. Negara China tu pemerintahnya komunis. Bapak kepada segala bapak komunis. Chin Peng pun tunduk dan terima arahan dari bapak komunis dari Negara China. Kalau dia masih lagi lupa saya nak bagi tahu. Bapak dia la yang pergi. Masa tu bapak dia macam dia juga PM. Betul kata Mahathir..Melayu mudah lupa..Persoalannya mengapa marah sangat kat Chin Peng..sedangkan dalam masa yang sama menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara China?? Mengapa?? Apa bezanya Chin Peng dengan bapak idealismenya pemimpin komunis Negara China?? Lupa ke Najib? Melayu mudah lupa..betul kata Mahathir..

Kalau nak kata komunis tu ganas, memang la..tapi sekali fikir apa kurangnya Jepun.. Menjajah Tanah Melayu (sekarang Malaysia) lebih tiga tahun. Cerita ganasnya Jepun memang brutal..tampar, terajang, gantung, kelar, bagi minum air sabun, belah perut...pancung!!! Masa wayang "Embun" dulu saya beli CD(ori..)..pasang..masa tu arwah mak saya ada (dia tak tau cerita kisah apa)..tengok.. Tak sampai 20 minit dia terketar-ketar..tumbang terus pengsan..bawak pergi hospital..rupa-rupanya dia trauma dengan Jepun. Mak cerita dia berendam sekeluarga dalam Sungai Pahang tiga hari tiga malam. Tak fikir ular dan buaya..takut pada Jepun lagi..Jepun ni ganas maknanya tu..macam komunis jugak..Tapi Mahathir kata Melayu mudah lupa..sekali la dengan dia..

Siapa yang buat Dasar Pandang ke Timur..siap jadi dasar negara lagi tu..dari barat hala pulak ke timur. Serba salah. Nak cari identiti. Sesat. Serba salah nak tuju. Lebih sesat dari Ayah Pin. Itu pasal tak jumpa Ayah Pin. Macam mana nak jumpa. Orang sesat cari orang sesat. Dua-dua sesat..MML (Melayu mudah lupa), MML(Mahathir mudah lupa)..

Agak-agaknya siapa yang jalinkan hubungan dengan Rusia sampai boleh beli Jet Sukhoi dengan komisyen RM410 juta?. Cuba teka. PKR? PAS? DAP? Anwar Ibrahim? Nik Aziz? Haji Hadi? Lim Kit Siang? Karpal Singh?.. Rusia tu kan bapak kepada Soviet Union. Amalannya komunis. Tolong PM 1Malaysia jawab..siapa yang beli?

Komunis memang ganas; pukul orang, bunuh orang, rampas isteri orang, ambil harta orang, rampas tanah orang, rogol anak dara orang..apa lagi. Kata orang Pahang "saknike jahat, ada pada komunis". Agak-agaknya siapa yang berperangai macam tu.. Siapa yang suka pukul orang? Ada satu kes, seorang pak menteri pukul boyfriend anak dia sampai budak tu cacat..buat report polis, tak tau apa cerita sampai sekarang. Menteri tu makin naik pangkat.. makin gong. Siapa yang bunuh orang? Ada satu kes di Johor, seorang GRO nak dedah hubungan sulit dengan timbalan menteri..jumpa mayat dia depan rumah dengan kapak tersengkang lekat belakang kepala.. Kes tutup.. Ni tak selesai lagi satu kes, beli kapal selam budak Monggolia hancur berkecai..tinggal tulang sikit, daging sejemput. Siapa agaknya rampas isteri orang? "lu fikir la sendiri".. Siapa agaknya ambil harta orang? Mana pergi tanah rizab Melayu yang lebih 2 juta ekar? tinggal berapa ekar sekarang ni? Sisa tanah rizab Melayu dalam Bandar Kuantan hanya tinggal 52 ekar dekat Transit Quarters. Sekarang ni sudah habis. Status rizab Melayu dibatalkan. Siapa yang ambil harta orang Melayu ni? PKR? PAS? DAP?.."lu fikir la sendiri". Siapa rogol anak dara orang? Tukang rogol lepas yang kena rogol masuk penjara.."lu fikir la sendiri"..siapa punya angkara..Komunis tu memang ganas..Orang yang buat perangai macam komunis ni macam mana pulak? tak ganas ke?.. "lu fikir la sendiri.

TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Tujuan dan matlamat perjuangan Parti Keadilan Rakyat telah termaktub di dalam Fasal 5 Perlembagaan parti. Meneliti satu persatu kesemua tujuh belas perkara ini, maka terserlah sebuah objektif perjuangan yang amat besar; mencakupi seluruh keperluan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Perlaksanaannya nanti, andaikata Parti Keadilan Rakyat diberi peluang mentadbir kerajaan pusat, akan mampu membawa seluruh rakyat dan negara ke arah kesejahteraan, keadilan sosial, pengembangan ekonomi yang mapan dan agihan kekayaan negara yang saksama. Berikut adalah tujuh belas tujuan dan matlamat perjuangan Parti Keadilan Rakyat:

1. Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu.

2. Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

3. Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalme.

4. Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

5. Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

6. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, di samping menjamin hak rakyat menggunakan, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalakkan perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

7. Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kekuasaan kerajaan pusat.

8. Mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak
asasi manusia, dan berpegang teguh kepada prinsip integriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi politik dan pentadbiran.

9. Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, di samping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

10. Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.

11. Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

12. Memperjuangkan serta menjamin hak bekerja, upahan yang adil, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap orang.

13. Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat, menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

14. Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

15. Meningkatkan mutu hidup orang Asal di samping menghormati Adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat.

16. Melindungi alam semula jadi daripada pemusnahan; mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mapan.

17. Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melahirkan masyarakat berilmu yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi, politik serta keselamatan negara daripada kuasa-kuasa besar dunia.

(Dipetik dari Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat Malaysia)